BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Wednesday, February 2, 2011

Kenangan yang tidak akan ku lupakan

Kenangan yang manis yang tidak ku lupakan adalah Program latihan khidmat negara. Aku takkan lupakan saat-saat suka dan duka disana. Aku belajar sesuatu yang baru di sana. Kelas modul pembinaan karaktor mengajar tentang menampilkan yang terbaik dalam diri sendiri. Cikgu Azim dan Cikgu Ros mengubah diriku sebagai orang yang bertanggungjawab dan berdisiplin. Dalam modul 2 adalah menampilkan yang terbaik dalam diri orang lain. contohnya,sikap hormat-menghormati perlu ada dalam diri seseorang. Dalam modul budaya kerja pula adalah menubuhkan sebuah organisasi syarikat dan cara menemuramah orang yang sedang mencari pekerjaan. Kelas yang terakhir adalah kelas kenegaraan. belajar tentang proses berkempen dan juga menjaga keamanan negara.

Aktivti fizikal amat menyeronokan. Aktiviti tali tinggi amat sukar untuk dilakukan. Cikgu Bashir  memberi peluang untuk naik flying fox sahaja. Best sangat sampai menjerit. Aktiviti Kembara Halangan aku tak buat kerana stamina dan tenaga tidak cukup. Jadi aku cuma menjadi penyokong untuk kompeni delta. Aktiviti water confident amat seronok tetapi aku tenggelam semasa berenang dalam tasik. Aktiviti itu diadakan di kem PLKN Bukit Besar Kulim. Pengalaman yang amat sukar bagi ku ialah berkayak. Ini baru kali pertama seumur hidup aku berkayak. sebelum ni aku tidak pernah berkayak dan juga berakit. Menembak amatlah susah untuk mendapatkan sasaran. aku tersilap tembak. kau pergi tembak ke sasaran orang lain. hehehe... Dan dilatih oleh tentera luar. Aktiviti navigasi amat seronok! Jungle trekking dan mendaki bukit kota kuala muda untuk menjalani aktiviti navigasi. Aku bersemangat untuk mencari jalan untuk mencari bearing. Aktiviti yang terakhir adalah wirajaya. Kami berjalan ke Pantai merdeka sejauh 5km melalui hutan. Aku terjatuh ketika turun bukit yang curam. Kumpulan kami wirawati delta telah memberi kerjasama antara ahli kumpulan kami. Setelah selamat sampai ke lokasi yang dituju, kami diberi 10 minit  untuk memasang khemah. Pada sebelah petang pula aktiviti berjalan... Misi 1 dan 2 mencari microchip dan diserahkan kepada tuan komandan. pada sebelah malam pula aktiviti telah dibatal kerana hujan berterusan. Semangat hilang seketika.

Di kem pula diadakan macam-macam pertandingan diantaranya ialah karnival Sukan,Kembara Halangan, debat,nasyid dan karaoke. pada saringan Karaoke yang pertama dan kedua aku tidak berjaya. Yang paling best ialah semasa tuan timbalan komandan pengurusan ( TKP) menyanyi sebuah lagu bertajuk yank dan taubat maksiat pada hari yang kedua. Pada hari pertandingan karaoke,tuan komandan juga turun ke pentas untuk menyayikan sebuah lagi iaitu cek mek molek. Tuan komandan berjoget dan bergelek! Tuan Tkp pun turut serta dan menyanyikan lagu Rahsia. Cikgu Myrul menyanyikan lagu gerhana untuk isterinya cikgu Diela. dan cikgu Afiq menyanyi lagu sejati. Suara cikgu Afiq mantop! Pada pertandingan nasyid juga semua jurulatih dan staf pengurusan mengambil bahagian.

Pada malam terakihir aku di kem PLKN diadakan malam penutup muda mudi a go go 60 an. Aku mengambil bahagian dalam tarian citrawarna. Semuanya mantop dan cantik! Pakai seluar ketat menampakan tema yang telah ditetapkan pada malam itu. Tuan Tkp berpakaian retro dan membawa motosikal Cik zul.. moto besar beb! aku amat terkerjut. siapakah lelaki itu???? Dan akhirnya aku dapat diketahui itu adalah Tuan tkp dan juga tuan komandan. Mereka menunjuk bakat masing-masing. sama juga dengan wira dan wirawati. Pada akhir malam penutup majlis bersalam-salaman telah dilaksanakan. kami menangis ketika peluk cikgu dan rakan-rakan yang lain. Kenangan inilah tidak boleh ku lupakan sepanjang akhir hayatku. Kenangan-kenangan tetap di kem Sri Kandi.