BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Saturday, January 28, 2012

Goodbye Izwan Pilus..

Goodbye Izwan... I know you much and i love all your songs. your song always played in my mp3 player. I'll always pray for you. Farewell Izwan... :(  Al-Fatihah. Khairil Izwan Pilus 24 November 1974-20 January 2012




Wednesday, January 11, 2012

Mengadap laptop,kurangkan kebosanan

Aku tiap-tiap hati,siang malam,pagi petang asyik mengadap laptop je.. ye la,nak buat apa lagi.. facebook la...



Facebook tu je yang bagi aku tak rasa bosan..  Kacau orang je lebih.. hehe.. Kalau tak skype saje... Bukan sekadar skype and facebook je,aku mengadap laptop ni cari articles jugak. Papa dah bising asyik ber-fb je. Tapi,kalau aku on skype pun yang ada 2-3 orang je... Yang lain malam baru online skype. Yang aku kacau kat skype pun dengan cousin in law dengan kawan-kawan je.. Kalaulah tak ada FB bosan tahap gaban la aku.. sekarang aku dah di gelar sebagai minah sosial. hahaha... my mom called me that.. :P Tah la,kenapa hidup aku asyik dengan technology je..  Photo editor pun dalam sebahagian hidup aku jugak.. kalau bosan apa tunggu lagi,belasah photoscape,CameraBag photo editor la.. tu sebenarnya hobby aku... Ni la hasil kerjaku..




Itu je lah yang aku sanggup berkongsi dengan korang buat waktu ni... okay lah,maghhrib dah ni.. So,tinggalkan comment dan feebback ya.. Bye.. Assalamualaikum. sayang korang! xoxo...

Thursday, January 5, 2012

Bahagianya Di Alam Syurga & Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Hadith:


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Raslullah s.a.w bersabda : " Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat . Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka,menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik,tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, " engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku ". Jawab isterinya "Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu."


( muslim)


Lagi satu hadis yang hendak dikongsi ialah ... Berbuat baik dan bersabar di atas perilaku manusia.


Hadith:


Seorang lelaki bertanya : " Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat,yang hubangan aku erat dengan mereka,tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku,aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menanggapku sikap ku itu adalah bodoh." Kemudian baginda menjawab " Sekiranya benar seperti mana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuapkan mereka dengan abu panas ,sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu"


(Riwayat Muslim)


Renung-renungkan dan selamat beramal