BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Thursday, January 5, 2012

Bahagianya Di Alam Syurga & Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Hadith:


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Raslullah s.a.w bersabda : " Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat . Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka,menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik,tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, " engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku ". Jawab isterinya "Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu."


( muslim)


Lagi satu hadis yang hendak dikongsi ialah ... Berbuat baik dan bersabar di atas perilaku manusia.


Hadith:


Seorang lelaki bertanya : " Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat,yang hubangan aku erat dengan mereka,tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku,aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menanggapku sikap ku itu adalah bodoh." Kemudian baginda menjawab " Sekiranya benar seperti mana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuapkan mereka dengan abu panas ,sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu"


(Riwayat Muslim)


Renung-renungkan dan selamat beramal

0 comments: