BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Thursday, April 25, 2013

Election election ELECTION!

Election dah dekat,5 hari bulan dah mengundi. so,kepada yang mengundi,selamat mengundi. tanda dan pilihlah secara berhemah. jangan silap tanda. Okay,aku tak layak mengundi lagi sebab tahun ni baru nak masuk 20. haaa. tahun depan baru nak daftar sebagai pengundi tetap. haha! Aku hanya mampu tengok keputusan sahaja. Pilihan raya  diadakan setiap 5 tahun. Kalau aku daftar tahun depan maknanya aku kena tunggu lagi 5 tahun. alamak! lambatnya.


Bendera dan banner telah digantung di merata-rata tempat. Barisan Nasional , PAS,PKR  dan DAP. Tapi,aku ingin melihat Barisan Nasional Kedah menang dalam pilihan raya tahun ni sebab kalau Barisan Nasional menang,negeri Kedah akan bertambah maju dan juga yang aku harapkan sekarang ialah melihat Dato Seri Mukhriz Mahathir menjadi menteri besar Kedah. Ye lah, rumah menteri besar sebenarnya sebelah rumah aku saja di Lebuhraya Sultanah Bahiyah. haha! 

Aku masih ingat situasi saat-saat akhir menjelang pilihan raya di Bukit Antarabangsa. Kami masih menetap disitu ketika itu. Mereka memasang khemah mengikut parti masing-masing dengan penuh semangat. Pada esokan hari,menjelanglah pilihan raya. Sangat-sangat meriah ketika itu. Kami yang tidak layak mengundi,kami hanya tengok di tingkap apartment sajalah. 

Tak apalah,kita tunggu dan lihat keputusannya. Menang atau kalah itulah adat pertandingan. Insya'Allah. 

0 comments: