BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Sunday, March 15, 2009

Cuti Sekolah Yang Membosankan

Hari ini adalah cuti sekolah yang membosankan bagi ku. Aku cuma melayari facebook dan myspace. Hmmmmm........ aku tak tahu apa nak buat, kerja aku hanya download lagu saja. Aku mungkin ada cadangan yang lebih bagus selain aku buat kerja yang tak ada faedah. Papa aku sudah beli macam-macam untuk aku. Aku minat ambil gambar. Aku terfikir-fikir gambar apa yang aku nak ambil. 


Aku fikir,semalam aku nak pergi ke sesuatu tempat yang aku tak pernah pergi. Aku hendak pergi ke 'Elephant Santuary' di Kuala Gandah yang terletak di Pahang. Tempat tu memang menarik. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana. Aku berminat untuk menaiki gajah dan bermain dengan gajah. Papa ku kata tempat tu jauh. Jadi, aku ada lagi satu cadangan. Aku nak pergi ke Berjaya Times Square. Tempat tu selalu menghadapi 'Trafic jam' . Jadi, aku terperap di dalam bilik dan tak buat apa-apa langsung. Kecuali baca majalah...

Apa anda lakukan pada musim cuti sekolah? Cadangan?

 

0 comments: